Saturday, 20 May 2017

menyepi

setelah episod duka suami dan anak kena tahan wad,
aku terasa amat insaf,
terasa takut,
"Ya Allah, janganlah kau ulangi semua ini"
memang amat memupuk kesabaran
Aku harap dengan ujian ini, ada sinar baru untuk kami

Ya, memang aku x heboh2 pun yang anak dan suami masuk wad
even kawan sekolah aku pun ada yang tak tahu
sebab aku rasa aku tak perlu bising-bising mencanang satu malaysia tentang kejadian ini
sebab aku tak suka anak aku sakit, aku tak suka juga suami aku sakit

mertua aku pun tak tahu,
sebab diorang pun x berapa nak sihat,
aku tak nak diorang risau
suami aku tak nak diorang risau


Sunday, 14 May 2017

Satu rumah dilanda demam, virus yang tak dikenali

Assalamualaikum,
Kisah ni bermula 30/4...suamiku demam tak larat langsung siap dah sampai office patah balik balik rumah terus melepek tidur,
Esoknya sama juga melepek, makan ubat kebah, habis ubat demam balik
Itulah simptom2nya,
Hari ke 4 bawa husband pergi check darah,
Platlet ok,semua ok

Then, aku pula diserang demam,
Memang pelik, rasa nak tidur
So hari selasa kitaorang semua pergi klinik Iman,
Aku buat drama macam nak jatuh bila gerak,
Sema kakitangan kat klinik meluru kat aku
Bila check aku tak demam pun,
Pada masa ni Zaid dah mula demam

Pastu aku sihat, suami aku macam tu juga,
Zaid mula demam, x lalu makan,
Kesian betul
Zaid demam 4 hari, aku hari sabtu 6/5 bawa Zaid pergi KPJ,
Denggi non reactive, platlet rendah 95,
Tanga emak mungkin sebab dia tak makan
6/5 doktor suruh buat xray,
Paru2 tak clear,
So buat pertama kali Zaid admitted KPJ Seremban
Doktor mula dengan antibiotik,
Alhamdulillah beberap hari Zaid dah ok,

9/5 husband rasa tak sedap badan
Husband minta klinik Iman refer ke KPJ
So husband pun admitted to KPJ Seremban
Maka berkampung aku kat KPJ Zaid punya wad tingkat 4, husband tingkat 3.

Jumaat husband boleh keluar,
Suruh dia minta dr wilson keluar gak
Dah x lalu nak duduk ward
Akhirnya malam Zaid pun boleh keluar

Ohh lega, tapi babah masih x larat juga, Zaid still ada selsema sikit,
Aku pun ada batuk lagi..
Ya Allah sembuhkanlah kami...
Ampunkan dosa2 kami.

hari itu birthday saya

29/8 its my birthdah Dah tua pun dan agak malu nak celebrate birthday My handsome husband ajak pergi mana-mana yang saya nak untuk celeb...