Wednesday, 26 April 2017

Kisah 1DVM WTP

Mari aku cerita,
Kelas ni setakat ni paling thrill aku ajar,
Aku dah pernah jumpa kelas yang betul-betul nakal yang mana bila aku kerja dia boleh lari buka pintu makmal dan keluar...tapi bila aku paksa duduk siapkan lab report dia akan bersungguh-sungguh siapkan.
Aku pernah ajar juga kelas yang lemah, tapi bila aku cakap buat dia akan buat.
Tapi kelas wtp ni lain macam betul.bila aku ajar dia bercakap, bila aku suruh buat kuiz pun bercakap.diorg ni baik-baik sebenarnya tapi bab bercakap tak boleh berhenti.aku pelik betul.dulu masa aku belajar, means sekolah budak-budak lelaki semua senyap je
Agaknya sekarang ni zaman dah berubah.
Hari ni nak tergelak aku dapat surat cinta mohon maaf sebab kenakalan diorg.dah lama betul tak dapay surat2 ni zaman bercinta ye lah.

Budak-budak, esok nak exam ni. Naik risau aku dibuatnya.
Cuma apa yang aku boleh buat aku kena maafkan diorg.
Kalau tak nanti semua xleh jawab exam
Bila corot nanti kelas aku gaj yang corot
Tak pasal2 kena panggil dengan pengarah.


Wednesday, 19 April 2017

When all the orders by whatsapp

Sekarang ni semua arahan adalah melalui whatsapp
Nak tahu tak kalau saya memanglah saya orang paling lewat tahu arahan dari whatsapp ni. Sebab apa sebab saya ni jenis tidur awal dan tak sempat pun nak baca whatsapp

Cuma whatsapp yang penting macam dari tadika anak je saya akan baca.

So, sila ingatkan kalau ada arahan yang terkini.

Sebab banyak betul kerja nak ingat.

Jangan marah ye.

😍

Tuesday, 18 April 2017

Cuaca panas sangat sekarang !

Nampaknya cuaca panas sekarang
Hari Ahad hari tu Zaid sports day
Kat padang dalam pukul 10 rasalah badan Zaid
Ehhh apasal panas pulak

Ohh relaks dulu,
Bila balik tu sah memang panas
Mandikan turun sikit panas
Menjelang petang suhu makin tinggi
And tak lama lepas tu hujan turun
Masa tu kita orang on the way balik Seremban

Bila malam macam tu juga
Nak tak nak kena on PCM
Bagi dia makan alhamdulliah pagi tu dah kebah
So mama kena ambil CRK juga jaga dia
Kesian Zaid macam nampak stress kat padanv
Lepas ni kena betul-betul fokus kat dia
Bagi makan betul-betul
Suruh dia rehat cukup-cukup
Masak sedap-sedap
Supaya dia berisi sikit
Ni kurus je anakku

Anyway Zaid mama always love you
Mama doa Zaid sentiasa di bawah perlindungan Allah

Wednesday, 12 April 2017

thanks adriana & ain !

Hari ini, Zaid taknak pergi sekolah
Zaid cakap aunty tak bagi pergi sekolah sebab dia batuk dan selsema
Tapi bila telefon bukan main ceria suaranya
Kadang-kadang aku pun x faham kenapa tadika tak bagi Zaid pergi sekolah sedangkan selsema dia dah nak kering pun
So, meragam punya meragam F hantar Zaid pergi Sg Merab
Thanks mak dan ayah sebab jaga Zaid

Sekolah hari ni penuh dengan budak OJT
Ohh kembali semula ke sekolah sebab lengkapkan PB dan sudahkan tesis sebelum konvo
Wahhh! Dah nak konvo
Batch pertama dari KV Ampangan
Adalah jumpa beberapa orang tadi
Ada juga terjumpa kekasih buah hati duduk sambil makan aiskrim yang koperasi jual
Ohh ye koperasi dah jual aiskrim
Sempat juga tadi membeli magnum red velvet
Review magnum almond lg sedap
Siapa yang aku jumpa
Amirul Yunos, Rafiq dan zawana
Zawana bukan main berambu-rambu baju dia pakai
Dah besar dah bebudak ni

Tengahari masa kelas sains dengan 1dvm wtp ain dan adriana belanja saya dominos pizza
Sedap pizza yang kamu belanja cikgu
Nanti ada rezeki cikgu belanja kamu semua ye
Kelas yang baik cuma suka bercakap
Ada je isunya...
Anyway terima kasin banyak2 belanja cikgu pizza
Lepas makan malam cikgu

Ok..see ya tomorrow.

dah malam nak tidur !

Apa rasanya seorang cikgu fikir bila nak tidur...
Ohhh serius ni,
Esok nak pakai baju apa, tidur warna apa...itu list pertama
Pastu fikir apa nak buat esok kat sekolah
Siapkan eksperimen, siapkan tanda kertas, ohh markah tak isi
Kadang-kadang bila fikir tentang students ada kalanya pening
Adakalanya boleh tergelak seorang diri
Sebab budak-budak
Lagi-lagi bila KV ni ajar yang berumur 18 & 19, lelaki pulak tue..ohb susah sbb masa pedagogi dulu mengajar sampai 17 je
How to tacke them, masih lagi mencari formula yang sesuai
Yang pasti tidak sesuai untuk marah-marah diorg
Dah besar katakan
Tapi,
Dalam masa yg sama boleh jadi kawan-kawan
Tapi takleh rapat sgt
OMG
Harap dipermudahkan segala urusan.


Friday, 7 April 2017

Happy Birthday F !

Happy Birthday my husband F !

Harap sentiasa bahagia di samping saya dan Zaid

throwback 2013, you me and Zaid @ USS

dan ini gambar kita berdua

throwback 2016, you me and Zaid @ Legoland Malaysia

throwback hari raya you, me and Zaid

Hopefully babah sentiasa happy and always remember us !

Ada banyak lagi benda yang kita akan lakukan bersama. InsyaAllah one day. Hope our dreams come true.

Thanks for the happiness..

Love you ! 

Happy 40th birthday.


Wednesday, 5 April 2017

MC dua hari...

Assalamualaikum,
Hari ini masuk hari kedua saya MC.
Semalam memang kepala berat sangat, sampai mengerang kesakitan juga.
Tak taulah kenapa, teruk betul virus kali ini,
Zaid pun dilanda selsema kesian betul dia. Sejak masuk tadika ni, boleh dikatakan setiap bulan batuk dan selsema.
Tak apalah dalam hati berkata sakit ni kan membunuh dosa-dosa.
Walaupun dirumah, hati asyik fikir kerja kat sekolah.
Husband cuti hari ini.Jaga kami.
Hopefully esok kami semakin ok.

menyepi

setelah episod duka suami dan anak kena tahan wad, aku terasa amat insaf, terasa takut, "Ya Allah, janganlah kau ulangi semua ini&qu...