Thursday, 9 February 2017

Skincare : Penjagaan muka setelah 3 series

Sejak 3 tahun yang lalu, aku memang tak setia pada produk kecantikan kulit. Mungkin tak jumpa produk yang sesuai dengan kulit dan poket aku. Pernah aku pakai SKII. Memang serasi dengan aku tetapi sekali membeli habis bajet-bajet aku.

Lepas pakai SKll, aku cuba pakai Bio Essence,aku rasa takdelah apa effect pun.Tak memudaratkan dan tak me"wow"kan kulit.

Maka, tahun ini disebabkan dekat sekolah aku ada beauty consultant Mary Kay maka i is terjebak pula dengan Mary Kay. Bermula aku beli lipstick dan foundation. Kemudian, aku beli pencuci muka. Bagus sebenarnya, ada beauty consultant ni sebab dia boleh pilihkan barangan yabg sesuai untuk kulit muka kita.


Maka, untuk penjagaan muka beauty consultant Alongrina suruh aku pakai Timewise.Dia kata timewise punya pencuci muka ni sesuai untuk orang yang tak rajin sebab dia 3 in 1. Haha...sesuailah dengan aku yang rushing di pagi-pagi hari. Pastu dia suruh beli moisturiser. Setakat ni dua je ni aku pakai. Yang lain, kalau aku serasi baru aku akan beli. Mudah-mudahan aku istiqamah menjaga muka ni.

NUR AIDA BINTI MOHAMMAD
9/2/2017, 6.30am

Aku tak suka orang yang merokok dekat kedai makan

Assalamualaikum,
Baru-baru ni aku dan Zaid, pergilah kedai donut kat Seremban ni, kedai Mamaonestop.Zaid yang request nak pergi. Siap cakap "mama Zaid taknak bungkus,Zaid nak makan kat situ".Dah besar sah anak mama.Siap boleh request lagi tu. Mamanya pun bawalah dia pergi situ lepas jemput dari sekolah.

Masa dekat kedai ni, kami pilih pot yang memang kami selalu duduk.Iaitu dekat dengan air terjun.Ini memang kegemaran Zaid.Sebab tu dia beria-ria nak duduk situ. Sebelah meja makan aku budak muda lelaki dan perempuan.Tak tau couple ke idak.Ehh..dalam hati aku bagus duduk sini sebab memang lelaki tu tak merokok. Budak tu pun nampak baik dan kemas.

Sedang elok, kami menikmati makanan datang segerombolon anak muda. Duduk kat belakang kitaorang.Erm...aku dah risau.Risau diorang "smoking".Ternyata tekaan aku betul.Terbantut selera aku.Aku kesian kat Zaid.Sebab dia yang duduk dekat dengan budak-budak tu. Aku alihkan Zaid sebelah aku. Jauh sikit. Tapi tetap ada bau.

Ini memang kepantangan aku. Aku tak suka orang merokok.Lagi-lagi depan budak-budak.Tolonglah faham. Sebab budak-budak kecil ni imuniti dia lemah. Aku sendiri tak boleh bau asap rojok.Aku rasa macam nak semput,sesak nafas ni. Orang-orang yang merokok ni, perlu tahu yang kalau kita orang yang hidu assp rokok ni lagi teruk dari yang hisap rokok. Rasanya kat kedai makan kena ada ruangan khas untuk perokok ni. Biar diorang hisap dan diorang bau sekali. Pastu tolong faham sikit perasaan ibu bapa yang ada anak kecil. Kadang-kadang tu, tempat yang ada sign dilarang merokok pun masih lagi merokok. Tolonglah hormati orang lain.



Babah Zaid pun tak merokok ye.Jadi adik-adik, abang-abang dan pakcik-pakcik silalah merokok dengan berhemah kalau nak merokok.Tapi lagi bagus,tak payahlah merokok. Tak elok untuk kesihatan dan membazir duit.

NUR AIDA BINTI MOHAMMAD
9/2/2017,6.30am

Friday, 3 February 2017

Simple breakfast !

Assalamualaikum,

Pada tahun ni rutin hidup aku memang berubah. Zaid dah pergi school dari pagi sampai petang. Wan dah pencen dari jaga Zaid.Jadi, segala benda dekat rumah akan dilaksanakan oleh supermama yang bekerja ni. Masak,cuci pinggan, kemas rumah, basuh baju,sidai baju,lipat baju,iron baju dan macam-macam lagi. Masan Wan Ngah ada , dia memang tolong uruskan baju dengan cekap.

Jadi, disebabkan segalanya supermama Aida yang buat, maka sekarang dapur berasap pagi dan petang. Dah tak masak makan tengahari.Erm jadi terpaksa makan dekat luar waktu tengahari. Pagi-pagi sediakan breakfast Zaid dan babah. 

Biasanya breakfast simple-simple je. Macam senalam pagi breakfast untuk kami Roti Cheese dan Roti Shape-shape. Roti shape-shape ni Zaid yang bagi nama. Gigih tau supermama ni menge"shape" pagi-pagi hari.Hasilnya, memang semua di ngap oleh Zaid.

Roti shape-shape dan roti cheese

So, dekat bawah ini disertakan Resepi Roti Shape-shape

Bahan-bahan :

2 keping roti gardenia putih
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Butter

Alat:
Penerap kuih bentuk love,star,flower,triangle
Non stick pan

Cara-cara:
1.Pecahkan telur di dalam bekas
2. Kacau-kacau telur dengan garfu
3.Perisakan dengan garam dan serbuk lada hitam
4.Masukkan roti yang telah dibentuk kedalam adunan yang telah siap.
5.Cairkan sedikit butter atas non stick pan
6.Masakkan roti yang dicelup telur.Terbalikkan bila sudah masak sebelah

Senangkan ! Asasnya ianya merupakan roti telur tapi diberi nafas baru dengan membentuknya. 

Selamat mencuba dan Salam Jumaat semua.
Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.


NUR AIDA BINTI MOHAMMAD
3/2/17, 6.00am

Wednesday, 1 February 2017

Percutian di rumah Atok Mai, Muar


Assalamualaikum 😀

Cuti sekolah baru ni, aku balik rumah atok. Best betul duduk rumah kampung,luas dan lapang.Terasa lapang seketika otak ni walaupun banyak kerja sekolah tak siap-siap.

Part yang paling aku suka adalah bila aku dapat jemur baju kat tempat yang lapang dan terbuka serta terdedah kepada matahari. Erm..bestnya kalau ada rumah kampung sendiri.


Tengok bestkan dapat sidai baju macam ni.

So, bila sampai muar ni haruslah merayap jalan-jalan cari makan. Oleh kerana CNY tak banyak tempat aku dapat pergi. Aku hanya dapat pergi Muar Soups House. Erm highly recommended. Walaupun time aku datang tu , tak boleh order sup sebab ianya adalah untuk pukul 5.00 ke atas. Kami telah order soto, mee bandung dan rojak. Memang sedap.

Gambar masa makan di Soup House

Esoknya, kami telah ronda-ronda Bandaraya Melaka. Misi pertama kami gagal iaitu membeli Kuih Keria Antarabangsa.  Barisan beraturnya ambil panjang.Cukuplah 20 minit beratur dengan cuaca yang panas. Cukuplah. Kami tewas. Buat sendiri lagi bagus.Beratur lebih kurang adalah seratus orang. Akak memang x sanggup.

Makcik makcik yang menyertai misi jelajah melaka/ JJCM

Kami akhiri misi kami dengan membeli Hokaido Baked Cheesetart. Esoknya makcik-makcik buat kuih keria.Alhamdulillah dapatlah kami sekeluarga merasa.

hari itu birthday saya

29/8 its my birthdah Dah tua pun dan agak malu nak celebrate birthday My handsome husband ajak pergi mana-mana yang saya nak untuk celeb...