Thursday, 11 February 2016

"Unplan" Family Day @ D'Qnut Kuala Linggi - 09022016

Sambungan ....

Esoknya hari terakhir. Percutian ringkas hanya 2 hari satu malam. Apa kami buat. Kami sembang-sembang, makan, mandi pantai, pancing ikan dan tidur. Tiada sukaneka. Nama pun unplan...

Bangun pagi, makan bekal lagi. Banyak betul makcik-makcik ni buat sambal goreng. Satu bulan pun tak habis. Duduk picnic breakfast. Pakcik dari semenyih pun join kami picnic. Pakcik tu siap bawa gitar menyanyi. Cayalah pakcik.

Dah nak balik..uncle aiskrim datang. Wan belanja aiskrim. Sukalah Zaid. Hari-hari makan aiskrim.

Najihah, Zaid, Me dan Ayah. Bergambar depan chalet.

Kami depan chalet. Nampak tak joran pun ada kat situ. Husband dapat tangkap ketam hari ni. 

Makcik2, Atok, Emak, Me dan Najihah. Budak Jihah ni banyaklah pulak dalam gambar.

Moments to remember..Cakkk!!! Khalid..

Menunggu sesi fotografi..Bukan senang nak kumpul macam ni.

Us .. Mama, Babah dan Zaid.

Finally, all Mai's Clan yang hadir.Thanks atas kerjasama kalian di dalam menjayakan family day yang tak dirancang.




I end my stories with this quote:

“Love your family. Spend time, be kind & serve one another. Make no room for regrets. Tomorrow is not promised & today is short.

No comments:

Post a Comment

menyepi

setelah episod duka suami dan anak kena tahan wad, aku terasa amat insaf, terasa takut, "Ya Allah, janganlah kau ulangi semua ini&qu...