Thursday, 11 February 2016

"Unplan" Family Day @ D'Qnut Kuala Linggi Melaka - 08022016

Assalamualaikum,

Seperti tajuk di atas segalanya ketentuan Ilahi. Allah Maha Mengetahui.
Saya telah menempah hanya 3 chalet tetapi alhamdulillah Allah telah beri kekosongan tiga chalet pada Mai's Clan agar kami boleh bergembira bersama. 

Pagi tu saya telah bermandi manda di Teluk Kemang sebelum ke D'Qnut Chalet Kuala Linggi. Dari Port Dickson nak ke chalet ini hanya mengambil masa 15 minit. Dekat je tak jauh.Setelah puas bermandi manda, saya mengambil keputusan untuk tidak membilas badan kerana lebih mudah bagi saya untuk mandi di chalet. Perjalanan diteruskan ke Kuala Linggi, Melaka.


D'Qnut Chalet, Kuala Linggi Melaka.

Sebenarnya sewaktu menyewa chalet ini saya amat gemarkan pemandangannya. Amat menarik. Sesuai untuk bersantai di hujung minggu.

Chalet D'Qnut

Pemandangan di pantai

Anjung Restoran D'Qnut

Air surut

Inilah aktiviti saya sementara tunggu check in. Ambil gambar.. Yang lain hubby, zaid, Jihah dan Mak Ngah lepak2.

Buai laju-laju...by Zaid

Petangnya...keluarga Mokde pun sampai. Biasalah kalau tak mandi..memancing. Memang husband planning nak memancing. Kuala Linggi ni tempat paling sesuai untuk memancing.

Kaki pancing.

Pika, Yong dan Wani.. Berendam..

until

matahari terbenam.

Malam harinya kami Mai's Clan menghabiskan masa berpicnic menghabiskan bekal-bekal yang kami bawa.


No comments:

Post a Comment

menyepi

setelah episod duka suami dan anak kena tahan wad, aku terasa amat insaf, terasa takut, "Ya Allah, janganlah kau ulangi semua ini&qu...