Sunday, 27 December 2015

Azam saya tahun 2016

Nampaknya 2015 bakal berakhir. Sekejap sahaja masa berlalu. Apa yang terjadi pada 2015 kita biarkannya berlalu, yang baik jadikan semangat yang buruk jadikan pengajaran. Yang penting kita enjoykan diri kita.

 Ingat !!!
 Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita, maka jangan pening-pening memikirkan hari esok,  cuba yang terbaik untuk apa yang berlaku sekarang..

Semoga dengan menulis azam ini saya lebih fokus untuk tahun hadapan. InsyaAllah .

  1. Menjadi seorang insan yang solehah - fokus kepada amal ibadah, selalu berdoa, selalu puasa sunat,tak miss baca alquran hari-hari.
  2. Jadi mama yang mithali - sediakan makanan yang berkhasiat untuk keluarga dan lebih banyak makan dekat rumah daripada makan di luar. Siapkan bahan-bahan dapur seminggu sekali.
  3. Buat kerja sekolah dengan smart, organize betul-betul untuk elakkan stress.
  4. Tidur awal, bangun awal walaupun hari cuti.
  5. Bersenam paling banyak 4 kali seminggu.
  6. Turunkan berat badan.
  7. Iron baju kerja waktu malam.
  8. Minum 3 liter air satu hari.
  9. Simpan duit, belanja yang perlu. Elakkan pembaziran. Capai target kewangan.
  10. Makan vitamin hari-hari, atau ambil buah-buahan dan sayuran secukupnya.
  11. Bawa bekal ke tempat kerja.
  12. Plan percutian keluarga setahun dua kali.
Banyak betul azamnya, sebab selalu terlepas.Selalu apa yang nak buat tak jadi. Sebab tahun 2015 takde buat azam.

Semoga tahun depan menjadi tahun yang lebihhhh baik dari tahun 2015. InsyaAllah.



hari itu birthday saya

29/8 its my birthdah Dah tua pun dan agak malu nak celebrate birthday My handsome husband ajak pergi mana-mana yang saya nak untuk celeb...