Monday, 5 October 2015

Aktiviti Cuti Jerebu

Bangun pagi, aktiviti yang akan aku lakukan mestilah memasak. Tak tahu nak buat breakfast apa. Tengok-tengok pisang dari kampung ada lagi. So, buatlah cekodok. Pastu iron baju dan pergi sekolah. Siapa kata cuti itu cuti, ada kerja tak beres. Lagi-lagi bila bermula Penilaian Akhir. Wahhhh !!! Markah PB tak siap lagi.

Selepas siap, aku tak pergi sekolah. Aku pergi Seremban Jaya. Lebih kurang 20 minit perjalanan. Aku melawat kawanku Linda yang baru kehilangan anak yang berusia 19 hari Maghrib semalam. Sedih...tak dapat aku bayangkan perasaan Linda macamana. Kehilangan yang mengejut, pagi tak nak menyusu kemudian warded dan Maghrib meninggal dunia. Allahu Ahbar. Kuasa Allah. Lama juga aku bersembang dengan Linda, sebab aku takut dia rasa sunyi.. Dari luar aku nampak ketabahan Linda, tapi dalam hati dia siapa yang tahu. Lebih-lebih lagi hati seorang ibu. Al Fatihah buat Arif..Sesungguhnya Syurga tempatmu.

Balik dari rumah Linda, mestilah singgah sekolah. Ambil apa yang patut. Sebab esok tak nak datang sekolah. Buat kerja di rumah. Petang tidur-tidur kejap. Petang, masak..

Malam, buat kerja..Kerja data yang apa-apa. Check email dapat email dari Amizumin. Kena siapkan data. Kemudian reply email. Now, nak makan maggi. Lapar banget. Ok. bye..

Sunday, 4 October 2015

Resepi Homemade Aiskrim Vanilla Memory in Time


Semalam sebelum tidur saya merelaks minda dengan membuat aiskrim vanilla. Disebabkan batuk yang berterusan ada orang cakap petuanya adalah dengan makan aiskrim, tapi seeloknya aiskrim vanilla. Resepi aiskrim vanilla ini tak  ingat ambil dekat blog mana tetapi telah diubahsuai sendiri.

RESEPI AISKRIM VANILLA MEMORY IN TIME

Bahan-bahan :

400 ml           whipped cream
3/4 cawan      susu full cream DutchLady
3/4 cawan      gula perang
1 cubit           garam

Cara-caranya :
1. Campurkan semua bahan di dalam mixer. Pukul hingga sebati.
2. Bekukan semalaman dalam freezer.
3. Siap untuk dimakan.

Tips: untuk mendapatkan tekstur lebih halus boleh mix/blend adunan tersebut bila sudah keras..Contohnya : setelah disejukkan semalaman keluarkan kemudian pukul lagi,. Sejukkan 2 jam dan pukul lagi. Buat       sehingga dapat tekstur yang diinginkan.

Selamat mencuba . Bon appetite !

Saturday, 3 October 2015

Jerebu... teruknya


Tengok kat atas ni. Teruk betul jerebu di Warisan Puteri. Tak pasti dekat tempat lain macamana. Letih rasanya.

Saya selesema, zaid baru baik demam & selesema tapi batuk pula. Wan nak batuk  pulak.

Yang sihat babah seorang. Mungkin ini kesan dari jerebu. Bila agaknya nak berakhir, sedih sangat. Untuk yang selalu buat pembakaran terbuka tu sedarlah,anda menyusahkan semua orang.

hari itu birthday saya

29/8 its my birthdah Dah tua pun dan agak malu nak celebrate birthday My handsome husband ajak pergi mana-mana yang saya nak untuk celeb...