Saturday, 19 September 2015

Servis Snow White @ SC Proton Senawang

Hari ini I and family pergi hantar Snow White untuk diservis. Oh tak sangka hantar servis kereta macam pergi klinik. Ramai betul. Kalau tau, buat hari Isnin. Boleh I cerita banyak- banyak tentang snow white.Sebelum gi Servis Center Senawang singgah beli makanan. Nasib baik beli, kalau tak saya dan anak-anak comfirm lapar. Tapi jangan risau ada je cafe kat situ.
Pukul 9.00am register, pukul 10.30 Snow White kena check.Anda saya lupa nak citer dekat abang servis yang kereta tu ada bunyi2 kat belakang sikit.Takpelah Snow White next appointment nanti kita bagitau abang-abang tu.
Seronok pergi SC, walaupun x tau tentang kereta tapi suka tengok workmanship diorang. Dan, silalah spare cash sebab tasi SC Senawang kredit card dia offline. Sebab ada masalah.
11.30 selesai servis Snow White.So kali ni servis hanya RM141.25. Dan abang2 tu pakai minyak semi sentetik je.Next servis bila 6000km.Masa tu cuti sekolah. Dan masa tu boleh cerita lebih sikit. Cerita je, kalau dia boleh buat dia buat.
So, selepas servis Snow White dah berbunyi perlahan dari selalu. Tak taulah sebab apa. So, snow white esok kita cuci pula.

Saturday, 12 September 2015

my new baby IRIZ


Keputusan membeli kereta rasanya 5 bulan punya cerita. Adik tiba-tiba nak guna My Herbie, Kelisa. Nak belajar memandu. Jadinya kerana dek pening kepala saya mula mencari kereta-kereta yang boleh menjadi pengganti kelisa yang dah berkhidmat 9 tahun. Lama betul dan banyak jasanya padaku.

Kereta yang ada dalam pilihan adalah Mitsubishi Mirage, Perodua Axia, Perodua Myvi, Honda Jazz dan Proton Iriz.Dan akhirnya saya memilih Proton Iriz 1.6 Premium. 

Kenapa saya memilih Proton Iriz 1.6 Premium walaupun ramai yang cakap kereta Proton ni kena tengok performance dia dua tiga tahun..entahlah,mungkin itu rezeki yang Allah tentukan untukku. 

Ok..sebab-sebab saya pilih Iriz:

1. Enjin 1.6 sebab senang nak claim mileage.Sebab saya kerja banyak gi meeting jadinya perlu enjin 1.6 untuk claim mileage dan untung sikit.

2.Sebab ada promosi 10% downpayment pada masa tu.so diskaun yang saya dapat RM6100 dan tambah sikit duit lagi RM5000.sebab nak buat loan RM50k shj. Iriz putih yang saya beli harganya RM61+++.

3.Sebab antara Myvi dan Iriz lebih kurang sama harganya tapi Iriz ni ada 6 airbag,ABS, Hill Assistant,GPS lah,mcm2lah aksesori dia.Tue sebab saya jatuh cinta dengan Iriz. Selain tu untuk Iriz Premium ni cermin sisi dia tutup automatik mcm kereta peugeot 308.

4. Sebab ini jelah yang saya mampu nak pakai.Bulan2 bayar RM5++ tuepun 9 tahun. Dan lagi satu saya hanya guna kereta ni 20km pergi dan balik tempat kerja.Ini pun rasa rugi je byr duit kereta. Sebab dah lama x bayar duit kereta. Sebab saya ada target kewangan. 

5.Keputusan membeli Iriz adalah keputusan yang besar. Sebab kereta baru keluaran proton. Tak tau apa masalah dia lagi. Tapi jangan risau gunalah warranty yg diberi.Saya dah tanya 2 orang. Satu cikgu auto, dan dia ckp ok je Iriz dan saya tanya sendiri mekanik kereta proton.Dia pun jawab Iriz kereta yang bagus. Kalau apa2 hantarlah SC.sebab kereta baru. Dan mekanik proton tu hanya pernah handle masalah Iriz sebab anak dia main alarm. Jadi sistem jammed. Bak kata mak ngah saya "takpelah, ok je Iriz ni, kita bantu proton kenalpasti apa masalah dia". Memang sungguh patriotik.

6. Iriz ni ada reverse kamera.Amat membantu untuk saya yang tak reti parking.Dan kamera amat jelas.

7.Handling Iriz memang terbaik.

Ada juga masalah sebenarnya, tapi taklah berat bagi Iriz ni. Antaranya:

1.Bunyi enjinnya memang kasar sedikit berbanding Honda Jazz.

2.Ada bunyi kat dashboard belakang sikit2 dan kadang2.Rasanya kena letak penebat kat situ.

Masalah lain setakat ini tak ada.Hopefully, my Iriz will grow stronger day to day.That's my hope and my Doa so that semua orang boleh mempercayai balik kereta Malaysia iaitu kereta negara ini sendiri.



Selamat Hari Lahir yang ke 3 Anakku

Semalam merupakan hari lahir anakku Ahmad Zaid yang ke 3. Tiada acara besar-besar kali ini. Cuma sedara yang terdekat. Qhalif, Qaleesa, Atok, Wan, Auntie Wawa dan Uncle Jijie je yang hadir. Itupun syukur kerana adanya mereka memeriahkan majlis ini. So, semalam kami Hari Jadi Zaid kami makan-makan di Restoran Nasi Arab Damsyik.Bukannya tak nak masak tetapi badan ni rasa amat letih. Kemudian, selesai makan kami balik ke rumah dan adakan acara potong kek. Simple bukan?Jadilah yang penting kanak-kanak seronok.
          Qaleesa, sepupu perempuan
                  Makan @ Damsyik
      Zaid, Qhalif & Qaleesa @ Damsyik
                      potong kek
            makan terus masuk mulut
                    zaid & mama
                    zaid enjoy the cake
                         birthday boy
                 playtime with qhalif

Semoga Ahmad Zaid diberkati Allah sentiasa serta menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

menyepi

setelah episod duka suami dan anak kena tahan wad, aku terasa amat insaf, terasa takut, "Ya Allah, janganlah kau ulangi semua ini&qu...