Friday, 17 July 2015

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami Ahmad Faizal, Nur Aida dan Ahmad Zaid.Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

Thursday, 16 July 2015

Berbuka puasa di Sg Merab



Iftar Family Pak Kadir



Selamat Tinggal Ramadhan

Saya begitu terkesan dengan Ramadhan pada tahun ini. Betullah seperti yang Allah katakan ianya bulan umatku. 30 hari yang terasa panjang. Ramadhan tahun-tahun sebelum ini terasa kosong berbanding tahun ini. Ramadhan kali ini saya, husband dan anak dapat mengerjakan solat terawih. Indahnya rasa walaupun kadang-kadang terasa berat mata menahan mengantuk. Ramadhan kali ini juga kami mendidik Zaid pergi ke surau. Kadangkala saya dapat sembahyang, adakalanya saya melayan kerenah anak saya.Namun, tidak mengapa. Impaknya, Zaid dapat membaca 2 baris surah Alfatihah. Mungkin hasil dia mendengar imam mengalunkan surah tersebut. Alhamdulillah.Bahagia rasanya hati ini.Ramadhan kali ini juga kami buat pertama kalinya berbuka di Masjis Cyberjaya. Sungguh murah rasanya rezeki bulan Ramadhan kali ini.Syukur Alhamdulillah . Rasa rindunya bila Ramadhan pergi. Semoga diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan. Semoga Allah mengampunkan doaa hamba yang hina ini.

Tuesday, 14 July 2015

Alfatihah buat Siti Khadijah binti Hussin

13 Julai 2015
Terlajak sahur maksudnya kami tidak bersahur.Tiba-tiba telefon rumah berdering. Dikejutkan berita yang Mak Mie telah meninggal dunia.
Sedihnya dengan pemergian arwah.
Seorang yang sentiasa ceria dan happy..
Yang bila berjumpa sebelum balik mesti akan cium kami anak2 aedaranya.
Yang bila bercakap dan mengusik akan ada gelak ketawanya.
Tidak pernah menunjukkan kesakitan depan kami semua..tidak pernah
Baru-baru ini suka sangat makan pasta..apabila makan banyak yang dia makan.
Keikhlasan terpancar dengan setiap kata-kata dia kepada kami.
Teringat arwah pernah datang bawa KFC rumah kami.
Kami makan sama2, gurauan masih ada dlm hati saya
Teringat arwah ada membeli tudung elya shazleen dengan saya.
Bila fanily day arwah pakai tudung yang dibeli..
Rindunya rasa hati..aku anak buah iparnya. Kalau anak-anak sendiri macamana agaknya.
Suamiku pun tak sanggup lihag jenazah arwah. Dia cakap dia tak sanggup.
Tengok betapa terpahatnya dia di hati kami.

Semoga roh mak mi tenang di sana. Semoga mak mi ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Thursday, 2 July 2015

Mesyuarat Varifikasi Data di Goldcourse Klang by JPNn9

Ramadhan kali ini 1-2 Julai saya diarahkan menghadiri mesyuarat. 1-2 Julai. Wahh..sedih rasanya nak meninggalkan ahli keluarga di waktu bulan puasa. Apa yang diorang nak makan.Bila sedap2 makan kat hotel diorang ala kadar je berbuka. Sedihkan..kalau anak dah besar lagi sedih nak pergi kursus. Nasib baik satu hari je pergi mesyuarat. Hari ini nak balik dah. Telefon encik husband dia cakap Zaid makan sikit aje. Lagi bertambah sedih. Malam tadi en husband cakap pergi surau, cepat2 nak balik..Semoga Zaid menjadi seorang yang cintakan Islam dan pembela agama Islam. InsyaAllah.

hari itu birthday saya

29/8 its my birthdah Dah tua pun dan agak malu nak celebrate birthday My handsome husband ajak pergi mana-mana yang saya nak untuk celeb...