Monday, 29 June 2015

Perginya Seorang Pok De

Pokde... saya hanya ada sorang sahaja pok de. Iaitu suami mok de saya. Al fatihah buat arwah pok de yang menderita kanser tahap 4. Hari Sabtu yang lalu (27/6/2105) saya menerima mesej yang pok de dah meninggalkan dunia ini. Saya tidak mengenali arwah sangat kerana beliau bukanlah seorang yang selalu balik ke kampung. Hanya raya sahaja kerana mereka duduk jauh di Taiping.
Pokde telah meninggalkan 4 orang anak dan seorang balu. Semoga rohnya tenang di sana.
Buat sepupuku...tabahlah menghadapi segala dugaan.

Saturday, 27 June 2015

Dugaan sabar Ramadhan 9

Ramadhan 2015 sudah menjengah hari ke 9. Dua kali tak terawih kali ni. Big record for me, Alhamdulillah. Semalam rasa seronok kerana saya hanya bersekolah hingga pukul 12 tengahari. Dah lama tak rasa nikmat tidur tengahari pada hari Jumaat. Usai bangun tidur pada pukul 2 petang, saya mengerjakan solat fardhu zohor.
Kemudian, saya masuk ke dapur untuk membuat persediaan memasak berbuka puasa. Dah 2 hari tak masak berbuka puasa.
Tetapi dalam masa yang sama tanpa diduga anak kecil saya, Zaid telah membuat aktivitinya sendiri. Wahh, nak menangis saya melihatnya apabila dia main losyen dan juga minyak tyt dan menepek2kan minyak tu atas carpet dan lantai.
Sehingga ke pagi ini, saya masih mop satu rumah untuk mehilangkan kesan minyak.
Apabila malam, Zaid telah berdrama untuk tidak pergi ke surau. Saya telah denda Zaid yang dia tidak boleh pergi ke kedai. untuk membeli mainan kesukaannya kinder joy. Selesai terawih, muncungnya masih panjang lagi. Anak...anak...kecil2 dah pandai.

Friday, 12 June 2015

Bread by Babah Zaid

Hari ini buat roti. Babah yang buat. Thanks a lot for helping me.

Takut

Sejak kebelakangan ini aku rasa amat takut.Di sudut kecil hati aku, aku rasakan begitu. Aku pun tak tahu apa. Aku jadi orang yang sangat pengecut. Seperti ada sesuatu yang membuat diri aku terkurung. Kenapalah aku takut sangat. Ye..pada Allah memang aku takut. Takut dengan kekuasaan dia. Hingga ke saat aku menulis aku masih rasa takut.

Aku juga suka berfikiran negatif. Dah jadi macam mak aku. Asyik fikir negatif. Kalau berterusan begini aku boleh kena darah tinggi. Aku tak mahu itu. Aku mahu menikmati segala keindahan dan kemewahan alam yang Allah kurniakan. Aku mahu rumah aku ini dihiasi oleh gelak ketawa anakku Ahmad Zaid. Gelak ketawa, kejar mengejar.Dan aku mahu rasa happy. Dah lama rasanya tak rasa bahagia dan happy.

Hu..nak keluar rumah jalan2 sendiri dengan Zaid pun aku takut. Seperti kebergantungan pada suamiku terlalu kuat hingga aku jadi kurang berdikari. So, mungkin dah lama aku tidur dan aku baru terjaga dari tidur.


Be positive, be happy.

Thursday, 11 June 2015

Surirumah

Hari ke 13 cuti. Rasa badan sangat letih menguruskan family. Penat rasanya menjadi surirumah sepenuh masanya. Kerjanya tidak henti-henti. Lepas masak basuh pinggan. Sidai baju angkat baju. Lipat kain pula. Adakalanya terasa bosan melakukan rutin yang sama. Kadang- kadang rasa malas bila nak masak sebab lepas masak sikit sahaja yang anak- anak makan. Cuma kita berada dirumah. Skop kerja berbeza bila berada di pejabat.
Hari ini bermula semula rutin kerja sebagai surirumah. Bangun pagi. Gosok baju husband. Sediakan breakfast. Bekejar- kejaran dengan Zaid suruh dia mandi. Bila tiada husband di rumah, sunyi rasanya. Adaku dengan Zaid sahaja.
Kadang- kadang aku tertanya apa agaknya seorang surirumah buat. Bagi aku surirumah memang kena makan supplemen. Penat tau urus rumah. Urus anak.
Ok, till then.
Jumpa lagi.

menyepi

setelah episod duka suami dan anak kena tahan wad, aku terasa amat insaf, terasa takut, "Ya Allah, janganlah kau ulangi semua ini&qu...