Tuesday, 4 November 2014

Strawberry Cheesecake

Assalamualaikum,

Hari ini mama rajin sikit. Hasil kutipan strawberi mama buat strawberry cheesecake.
Erm... kali ini mama punya resepi kurang gula sebab nak bagi Zaid makan.



Resepi Strawberry Cheesecake:

Bahan-bahannya:

Topping :
1. fresh strawberry
2. madu
3. gula 2 sudu

Cake:
1. Cheese tatura saiz kecil
2. 1 biji telur
3. 2 sudu besar gula

Base:
1. digestive biskut
2. butter yang dicairkan

Cara-caranya:

Base:
Cairkan butter. Hancurkan biskut.Gaulkan butter ke dalam biskuy dan tepekkan/ mampatkan biskut tetsebut ke dasar loyang.

Topping:
Blend strawberi. Masukkan dalm periuk.Masukkan honey dan gula.Didihkan dan kacau hingga likat. Kalau tak cukup manis tambah gula.

Cake:
 Blend semua bahan. Curah atas base yang dimampat. Bakar 180 celcius hingga atas kekuningan. Angkat sejukkan suhu bilik kemudian chillkan dlm peti ais. Bila dah sejuk letak topping. Simplekan?

Selamat mencuba.

hari itu birthday saya

29/8 its my birthdah Dah tua pun dan agak malu nak celebrate birthday My handsome husband ajak pergi mana-mana yang saya nak untuk celeb...