Thursday, 30 October 2014

Biskut Chip Pisang

Salam 1 Malaysia,

Hari ini ada sedikit kelapangan. Pisang tanduk yang baru masak satu je. Mama cubalah resepi ni. Resepi mama ambil di superhealtykids.

Simple aje resepinya. Takde gula langsung. Sesuai untuk snek.

Resepinya:
1. pisang
2. oat seeloknya pakai rolled oat, tp    mama pakai quaker oat.
3. coklat cip.

Cara-caranya:
1. Lenyek pisang.
2. Gaul oat dengan pisang yang dilenyek.
3. Gaul coklat cip.
4. Kepal pakai tangan. Mama buat kecil-kecil dan hasilnya rangup.
5. Oleskan butter atas dulang pembakar.
6. Bakar 200 celcius selama 12 minit.

Siap !!!


Selama mencuba :)

Saturday, 25 October 2014

Zaid mandi bunga

Assalamualaikum, 
Hari ini mama bersiaran dari rumah atuk di Muar. Pagi-pagi lagi Zaid dah keluar jalan- jalan kat luar. Sejuknya di kampung. Gigitan nyamuk memang hinggap di badan Zaid seperti biasa. Takkan terlepas punya.

Selepas jalan pagi babah mandikan Zaid. Zaid petik bunga dan masukkan dalam besen. Mama datang jenguk, nampak 2 biji limau. Pagi-pagi dah mandi bunga. 


     Upacara mandi bunga dimulakan.           
      ( sorry Zaid gambar sencored)


      " Mama Zaid dah berendam ni"


            Bunga raya dan 2 lg bunga


               Dah sudah mandi, Yeayy

menyepi

setelah episod duka suami dan anak kena tahan wad, aku terasa amat insaf, terasa takut, "Ya Allah, janganlah kau ulangi semua ini&qu...