Thursday, 31 July 2014

Syahdunya hati ini


Ahmad Zaid dah nak masuk 1 tahun 11 bulan. Mama betul- betul seronok menyusukan Zaid. Rasa syahdu sangat tengok gambar ni. Lena Zaid tidur dalam dakapan mama. Sedihnya nak melepaskan bonding ini.Kesian anak mama batuk tak hilang-hilang. Mama doakan Zaid cepat sembuh ye nak. Nanti kita boleh gi jalan-jalan. Get well soon my son.


Wednesday, 30 July 2014

Salam Aidilfitri 2014


Salam Aidilfitri buat semua.Semoga kalian semua dirahmati dan diberkati Allah. Maaf Zahir dan Batin.

Dari:
 Mama Aida, Ahmad Zaid dan Babah Faizal

Wednesday, 23 July 2014

Mama mc

Hari ini mama mc.Semalam dekat sekolah rasa sejuk-sejuk.Tangan dan kaki sejuk.Balik rumah terus tidur.Badan dah mula panas masa tu. Pagi ni badan rasa sakit-sakit.Kaki pun kejang. Pergi klinik dan doktor suruh cek air kencing. Takut kencing kotor.Alhamdulillah tiada kencing kotor. Doktor cakap sakit urat dan kurang kalsium. Dapatlah kalsium dan ubat tahan sakit.So cutilah mama.

Saturday, 19 July 2014

Pretend Play Ahmad Zaid

Main makan-makan dengan bear.Zaid makan bear pun makan. Baru seronok anak mama ni makan.Malam pun tido dengan bear.Lepas ni planning nak buat doll house.
Comelnya..

Monday, 14 July 2014

Terjaga malam

Hari ni terjaga malam. Sembahyang dan rasa amannya suasana ketika ini. Alhamdulillah.

Sunday, 13 July 2014

5s bilik sendiri


Salam buat semua,
dikala mama menulis ini sebenarnya mama sedang berehat selepas mengemas bilik mama sendiri.banyak betul habuk.sape asma boleh kena asma time2 tu juga.mama telah ubah kedudukan almari.rasa nak tercabut pinggang ubah almari.hasilnya chest drawer dah kemas.


 oleh kerana dah beralih tempat mama boleh charge handphone di chest drawer ni. letak lampu ikea.malam nanti mesti lawa.


 dan finally baju dah berlipat kemas..

huhu lega.






Friday, 11 July 2014

Tuesday, 8 July 2014

ketuk-ketuk ramadan 9/2014: Sup tulang

Menu untuk berbuka hari ini agak simple. Mama masak sup tulang, bayam goreng, telur masin dan buah-buahan.Air hari ini minum air zam zam sahaja. Jangan lupa kuah kicap. Babah makan bertambah as usual.Seronok masak sebab semua makan banyak. Zaid pun makan fetucinne sampai habis. Alhamdulillah. Thank you Allah for everything. 

So mama tepek sup tulang mama.

    Xoxo semua. Happy fasting.

Fettucine dengan Bebola Tenggiri

Salam buat semua,
Hari ini mama masak fettucine.  harap anak mama yg comel tu suka makan. Bebola tenggiri mama buat sendiri.

Simple saja. Waaalah...Sedap.Mama pun suka.

menyepi

setelah episod duka suami dan anak kena tahan wad, aku terasa amat insaf, terasa takut, "Ya Allah, janganlah kau ulangi semua ini&qu...