Sunday, 13 April 2014

Jalan-jalan AEON Seremban

Hari ini mama dan keluarga jalan- jalan AEON.Babah nak pergi SenQ nak survey peti ais.Kami ronda-ronda SenQ dan kemudian makan di food court.
Bawakan Zaid bekal roti cheese.
Hari ini Zaid behave je duduk dalam stroller. Baik anak mama ni.



Haha...bunyi gelak Zaid.Mama sayang Zaid.

XOXO

Wednesday, 9 April 2014

Sambutan Hari Lahir Cikgu

Hari ini pagi-pagi rakan sekerja mengadakab sambutan hari lahir.maknanya adalah jamuan kecil-kecilan dekat pantry.
Sambutan birthday Cikgu Razali, Cikgu Misran, Cikgu Foziah dan Cikgu Norhamiza.
Inilah keseronokkan kami. Keakraban kami, tak kenal pangkat atau usia. Kaum atau agama. Macam adik beradik.
Majlis dimulakan denga bacaan doa oleh Cikgu Misran.

Kemudian acara potong kek.Cikgu Foziah buat kek buah. Sedap.Yeayyy...

Pastu makan2, menu hari ini roti jala dan kuah kari.Mama makan lauk kak yat bawa dan kak milah. Asam pedas, masak lemak rebung madu, telur kicap.Ada puding roti, puding cendol gak. Semuanya sedap-sedap.
Pastu kami ambil gambar sebagai kenangan.Layan jelah.


Kesian kak nita , dia menung je. Sebab dia puasa.Takpe, lain kali kita buat lagi.

Semoga ukhuwah kita sentiasa terjalin.

XOXO


Tuesday, 8 April 2014

Banyak betul kerja...

Hari Isnin mama puasa. lepas berbuka mama terus sembahyang dan lepas tu tidur. pagi bangun buat powerpumping. Kemudian buat kerja hingga ada seorang rakan sekerja tanya
 Aida you tak penat ke kerja? mama wonder. Pukul berapa ni?
Wah...

Sunday, 6 April 2014

Kereta baru Zaid

Semalam pergi Kiddie Garden Seremban 2.Nak beli botol susu Medela Calma Teat. Terbeli sekali Kereta Zaid. Bestnya sebab dah lama cari kereta macam ni.Sebiji macam Anas sebab dia boleh jadi stroller, boleh ride sendiri dan boleh jadi walker.

Sampai rumah gembira betul Zaid. Siap pusing2 keseronokkan satu rumah. Hari ni bangun tidur pun terus main kereta. Balik dari jalan pun main kereta.

Kalau Zaid seronok mama lagi seronok.


selain dari itu kereta merah ni boleh dijadikan tempat duduk tengok tv.Kreatif betul anak mama ni.


Mama dan Babah sayang sangat Zaid.


Peminat capati

Like mother like son.Memang mama suka sangat makan capati. Hari ni pepagi babah ajak makan. Kalau tak di capati beseri paroi kami akan memilih gi Yasalam. Sah , destinasi pilihan adalah Yasalam.

Babah order roti kosong 2, mama order capati 2 dan si kecik Zaid order 1.

erm... hasilnya habis Zaid makan sekeping capati.Suka mama tengok dia makan.Alhamdulillah.


Saturday, 5 April 2014

Susah juga cari susu...

Esok genap Zaid 1 tahun 7 bulan. Di ketika ini mama masih pam susu dan mama masih buat powerpumping pagi2 semata- mata nak memenuhi demand Zaid. Maafkan mama kalau Zaid tak cukup minum susu. Dah kurus dah anak mama ni.

Sedih dan risau semua ada. Mama nak beri yang terbaik untuk Zaid. sekarang ni hasil perahan kurang memberangsangkan dan mama telah mula ops powerpumping setiap hari dan ops ini akan berakhir ketika Zaid 2 tahun. InsyaAllah.Selepas 2 tahun susu apa mama nak bagi?

Memang fresh milk itu elok.Tapi mama lebih cenderung kepada susu kambing. Sebab susu kambing susu kedua terbaik selepas susu ibu.

Jadinya mama nak mula intro Zaid sikit2. Pilihan mama adalah...susu Karihome. Setelah membaca review dan segalanya mama terpikat dengan susu ni.Semoga Zaid dapat terima susu ni nanti.

Sedihnya...mesti mama akan rindu nak pam susu bila mama dah tak pam.

Cari terbaik nak pam semula adalah Zaid kena ada adik baru...seronoknya.



Terasa nak pindah sekolah



Semalam bertugas kokurikulum. Budak2 taknak berkumpul dulu. Semua pergi ke court bola tampar. Mama duduk dalam kelas dan buat penerangan tentang dasar satu sukan Malaysia. Perh.. tak pernah seumur hidup beri penerangan tentang dasar sukan ni. Layannjelah... dah pentadbiran suruh buat.

Kenapa mama rasa nak pindah.Sebab dah takde SPM. Rindu nak ajar Math Form 4 dan rindu nak ajar Fizik.

Rasanya ada tak sekolah yang nak terima mama? Huhu...Tengah dok pikir. Kalau rasa gatal nanti mohon je egTukar.Jom kita tukar.

Mesti mama akan rindu kat sekolah ni

Happy Birthday sayang !

Happy  Birthday suamiku yang ke  37.  Huhu lagi 3 tahun je nak masuk 40 tahun. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Jadinya semalam bawalah babag gi makan secret recipe. Itu je pun yang ada kat seremban. Senang sbb ada makanan dan ada kek. Dah lama tak pergi.Menu dah banyak.


Happy Birthday. Love you so much.


   Ni tepek gambar budak kesayangan..
   Macam orang besar. 
   Mama love both of you.

hari itu birthday saya

29/8 its my birthdah Dah tua pun dan agak malu nak celebrate birthday My handsome husband ajak pergi mana-mana yang saya nak untuk celeb...