Saturday, 29 March 2014

Pasta salmon dan brokoli

Salam buat semua...

Kesibukan di sekolah membuatkan mama jarang update blog...balik pukul 5.00 petang...masak untuk famili..letih..i wish i could be fulltime housewife tapi sayang dengan kerja yang ada...

Memasak jadi satu terapi buat mama.lagi2 masak untuk si comel zaid. Baru- baru ni mama masak pasta untuk zaid.sedapnya sebab akhirnya mama yang tolong habiskan. Agaknya zaid ni dah jadi fussy eater agaknya. Erm..mama masih mengkaji. Jom mama kongsikan resepi berkhasiat ni.

Bahan-bahan:
1.pasta heinz untuk baby
2. Keju cheddar
3. Susu segar
4. Ikan salmon
5.Brokoli
6.unsalted butter
7. Bawang putih dan merah

Cara-caranya :
1. Rebus ikan salmon dan mashed ikan salmon tersebut.
2. Jgn lupa rebus pasta hingga masak.
3. Sos- cairkan butter,masukkan susu dan kemudian masukkn cheese.kacau hingga pekat
4. Tumis bawang putih dan merah.masukkan brokoli, masukkan pasta dan lastly masukkan sos putih tadi.

Tadaaa...siap








Tuesday, 25 March 2014

Travelog: Malaysia: Aquaria KLCC

Ahad minggu lepas mama dan babah bawa zaid jalan-jalan ke Aquaria. Perjalanan dari Seremban ke Aquaria mengambil masa 1 jam. Syukur ada GPS yang banyak membantu.

Maka apabila tiba di sana, barisan menjual tiket amat panjang. Namun ia dipermudahkan dgn bantuan pekerja di situ. Harga masuk untuk Dewasa RM 38 dan mesti ada mykad. Jika tidak harga yang dikenakan lain.

Seronok betul Zaid dapat tengok ikan. Fish...fish...itulah yg dikata. Zaid langsung tak tidur dan mukanya anat teruja. Sejuk hati mama, sebab Zaid suka dan seronok berada di Aquaria.


                   ...fish mama...fish...


                Zaid dan Water Mouse


     zaid seronok kerana ada kawan lain


                   kami bertiga...


                 beautiful fish n jaws


                   tunnel...learning


                zaid n best friend


       mama love this..cause it purple


               subhanaAllah ! ! !

Seronok rasa...melihat makhluk ciptaan Allah. Allahuakhbar...InsyaAllah ada rezeki kami akan datang lagi.


Mengingati MH370

Pedih rasanya. Andaikata mama tidak menulis tentang ini mungkin satu hari nanti kita semua akan terlupa.Biarlah hati kecil ini mengingati walaupun tiada seorang pun yang mama kenal. Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.Al fatihah kepada semua mangsa beragama Islam.

Wahai Allah, Engkau Lindungilah semua mangsa MH370 jika mereka masih hidup, andaikata jika mereka tiada lagi Kau munculkanlah mereka, timbulkan mereka, timbulkan bangkai MH370 agar dunia boleh mengetahui sebab- sebab terhempas.Memang aku tahu engkaulah yang Maha Besar, Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Lembutkan hati keluarga mangsa. Ya Allah kau semadikan mereka dengan baik.Tenangkan roh mereka Ya Allah.

Ameen.

Sunday, 23 March 2014

zaid's cave

Salam ahad,

Hari ini habiskan masa mengemas rumah.Rasanya sudah lama mama tidak mengemas rumah. Cadangnya hendak mengubah susun atur ruang tamu, namun usaha itu gagal kerana susun atur yang asal adalah paling sesuai untuk rumah dan fungsinya menepati apa yang mama inginkan. Itupun setelah berkali- kali diyakinkan oleh En. suami.

Nanti mama kongsikan ruang tamu rumah mama. Kali ini mama ingin kongsikan Gua Zaid atau Zaid' s Cave.alah...ala2 man cave yang macam orang oversea cakap tu. Penat betul kemas.  Zaid kali dia janakan kreativiti macam-macam jadi.

Jadi mama persembahkan kepada semua :

Zaid's Cave


Tiada tema tertentu. Konsep suai padan dan menggunakan barangan yang telah lama dibeli. Namun warna yang digunakan lebih kepada turqoise, merah dan hijau. Jam dan gambar juga tidak digantung kerana mama belum jumpa yang sesuai. Walaupun Zaid dah besar mama masih kekalkan playpen kerana fungsinya lebih kepada khemah Zaid. Zaid amat suka berehat di dalamnya jika penat bermain dan bermain nyorok-nyorok dengan mama dan babah. 

Untuk masa akan datang, dan Zaid meningkat umurnya, mama akan tukar playpen kepada single bed. Barangan lain akan dikekalkan. Misi seterusnya adalah mencari gambar yang sesuai untuk bilik ini.

Wednesday, 19 March 2014

Mama demam...mc dua hari

Assalamualaikum reader semua... mama demam. dapat mc dua hari. tekak perit. selesema tak berhenti. kepala pun pening.
so duduk di rumah.budak budak kt sekolah x taulh buat apa. susah sgt skrg. mc pun kn cari ganti. relief tak dibuat. x patut betul.
rumh sekrg xde deko2. anak kecil mama lg kreatif mendeko.itulah warna warni di rumah.
tgk tu mcm2 ada atas tv console..menan budak cilik sorg ni.

Monday, 3 March 2014

Alhamdulillah...walaupun puasa

Assalamualaikum semua.minggu ni genap setahun 6 bulan mama menyusukan Ahmad Zaid.Mama masih lagi mengepam dekat office walaupun hasil susu mama taklah banyak. hasil powerpumping yang nak masuk 2 hari ke 8 telah ada peningkatan. 2oz ke 4oz.Bila period mesti sedikit.tp mama tetap pam susu..ada juga mama campur susu bila period sebab tak cukup.semua tu bila Zaid masuk 1 tahun 3 bulan.Sebelum tu fully breastfeed.tp bila hari tak period Zaid dapat susu ibu yang cukup bila mama hi ofis.mmg cabarab terutama bila dah period.
Alhamdulillah hari ini puasa tapi mama boleh dapat 2oz lagi.sekarang zaid minum 9oz saja.kalo 3 sesi dptlah 6oz.Malam nanti sebelum tidur pam sekali. pagi2 powerpumping sekali.InsyaAllah cukup susu zaid.

hasil susu dikala 1 tahun 6 bulan, dan diriku qadaq puasa.

Sunday, 2 March 2014

Carrot Cake versi mix and match...

Untuk hari ni mama teringin buat carrot cake...nape mix and match?sebab tgk resepi mcm2 and gabung resepi...ada tgk resepi mat gebu, tgk gak resepi annabel karmel, gabung gak dengan resepi lemon cheesecake.ha... kan macam2 tu..ohh tak lupa juga resepi bonda kesayangan.maka jadilah resepi carrot cake ni...jap lagi adik yg ada kat matrik dptlah rasa.


ha nilah keknya...

resepi kek lobak simple ni adalah:

bahan-bahan:
250g butter
250g tepung gandum
250g gula
5 biji telur
1 sk esen vanilla
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
sebiji carrot di parut
1 cawan kismis

cara-caranya:
1.pukul butter dan gula hingga kembang.
2.masukkan telur dan pukul.
3.masukkan esen vanilla dan jus lemon.
4.masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk kayu manis, baking powder dan soda bikarbonat.
5.masukkan carrot dan kismis dan gaulkan.
6.masak suhu 180 celcius selama 40 minit.
7. makan panas2 memang sedap.





 


hari itu birthday saya

29/8 its my birthdah Dah tua pun dan agak malu nak celebrate birthday My handsome husband ajak pergi mana-mana yang saya nak untuk celeb...