Friday, 16 August 2013

Resepi Baby : Cek Mek Molek Cheese

 Salam buat mama semua...

Oleh kerana cuti sekolah macam-macam mama masakkan untuk Zaid

So... ni adalah resepi mama cari dalam blog..tapi mama tak ingat blogger mana punya blog.


Bahan-bahan :

Labu
Tepung Atta
Cheddar Cheese
Cara-caranya :
Rebus labu, bila empuk angkat dan lenyekkan
Kemudian masukkan tepung atta secukupnya sehingga adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
Kemudian buatkan bulat-bulat dan masukkan cheese di tengah-tengah.
Goreng cek mek molek cheese.

   

Resepi Baby : Homemade rusk biskut

Hye all mommies...

Hari ini mama ingin berkongsi satu resepi yang mama ambil dari buku resepi Annabel Karmel

Kita sedia maklum biskut rusk yang ada di pasaran sedikit manis...(tapi mama beli juga)...buat spare kot-kot Zaid lapar

Bahan-bahannya:

  • roti gardenia wholemeal/wholegrain/roti yang putih - dalam kes ini mama gunakan roti putih sebab nak habiskan stok.
  • unsalted butter
Cara-caranya :

Penyekkan roti bagi nipis, kemudian ambil biskut cutter, cut the bread...

Kemudian, boleh taburkan unsalted butter yang disagat atau kalau ada puree buah-buahan sapukan.

 so jadi macam ni, yang kuning di atas tu unsalted butter


kemudian...bakar dalam oven 175 Celcius selama 15 minit


 then siap dimakan...boleh simpan dalam airtight container 2-3 hari...



 nyummy sedap sangat...mama pun tumpang makan.

Happy Cooking Mama semua !

Tuesday, 13 August 2013

Deko : Progres Bilik Bawah 1

Mesti semua orang sedang beraya sakan.
Mama duduk di rumah, babah kerja.
Deko sebelah bawah belum ada progres.
Rasa nak je pergi ikea sekarang.
Untuk bilik 1 mama perlukan 3 item untuk lengkapkan.

Pertama :
Kedua :

Ketiga :

Erm... bila agaknya dapat pergi ikea ???

Thursday, 8 August 2013

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri dari Mama, Babah dan Zaid.


Yang pasti Zaid dah tertidur. Mungkin penat dan panas. Terima kasih atuk, wan, auntie and uncle yang beri duit Raya pada Zaid.

Monday, 5 August 2013

Zaid jadi bomba

Sebagai seorang guru mama percaya proses pembelajaran bermula dari alam rahim dan kemudian bermula di rumah.Bukanlah semata2 di sekolah..Sempena cuti sekolah ini mama plan 2 minggu untuk Zaid mula belajar dengan lebih teratur. Pembelajaran termasuklah hari raya.
Hari ni sesi pembelajaran Zaid bermula dengan naik truk bomba. Puas mama tolak Zaid satu rumah.
Apa yang mama nak terapkan hari ini adalah sikap menolong.
Sambil tolak...mama akan cakap dengan Zaid.
"Kita nak pergi padam rumah terbakar...kita kena tolong orang memerlukan"
Sambil ride..sambil cakap.Mungkin Zaid tak berapa faham tapi otaknya sekarang seperti span...menyerap apa yg dilihat lagi2 apa yang dialami.
Happy learning!

Saturday, 3 August 2013

Biskut Choc Chip

Raya datang lagi.InsyaAllah tahun ni lebih meriah..sebab ada Zaid. Babah ajak mama buat  biskut.Dua jenis je pun.So mama buat Biskut Choc Chip.Resepi dari kawan mama Kak Umi.
Sungguh seronok. Dah lama tak baking.
Happy cooking semua

Thursday, 1 August 2013

Anak mama yang baik dan soleh

Salam ramadhan...mama sungguh terharu hari ni...Zaid baik sangat...Zaid dah makin besar...sungguh terharu hingga boleh mengalir air mata.
Mama sayang Zaid.

menyepi

setelah episod duka suami dan anak kena tahan wad, aku terasa amat insaf, terasa takut, "Ya Allah, janganlah kau ulangi semua ini&qu...