Friday, 21 June 2013

Sedih...

Sedihnya hati ini...Allah sahaja yang tahu. Tangisan hati ini tiada siapa dengari.Rasa jauh..Sunyi..Sepi.

Saturday, 15 June 2013

Pam susu di pagi hari

Mama dan zaid sekarang berada di Muar. Rasa sunyi  dok seremban sebab babah takde. Zaid siap cium gambar babah dalam tab...tak lupa juga cium kain pelekat babah.Babah dan Zaid memang sukar dipisahkan. Itulah bonding...Usai solat pagi ni mama pam susu.Sungguh tenang suasana di pagi hari.Patutlah dari malam ke subuh susu boleh dapat banyak.Patutlah solat 1/3 malam bagus. Indahnya Islam.Perkaitan bangun malam, solat dan susu.Allah sahaja mengetahui.Jadinya bangunlah malam...kita solat...kita pam susu..InsyaAllah dipermudahkan.
"Berilah aku kesempatan ini ya Allah"

Friday, 14 June 2013

Babah fly to Phuket

Empat pagi mama bangun. Hari ni nak hantar babah gi LCCT. Babah ke Phuket sebab ada company trip.Ahad baru balik. Zaid pun ikut hantar. Harap2 takde siapa demam rindu. Bye babah...fly to home safely..we miss you.

Wednesday, 12 June 2013

Cerita Zaid demam...

Hari sabtu yang lepas Zaid dah mula bersin...biasanya Zaid memang bersin sekali je.Tp hari sabtu dia bersin banyak kali.
Petang tu...balik rumah tok dan wan kat sungai merab..malam Zaid menangis aje...tak dapat tidur mama..babah pun tak tidur...
Hari Ahad..badan Zaid dah dedar...pergi rumah wan chik kenduri...meragam je...kesian Zaid...
Petang balik Seremban, wan ngah dah balik...Zaid dah betul2 tak sihat..Mama jaram kepala..petang bagi makan sirap panadol...malam merengek aje...
Esoknya..mama EL...nak menyusukan Zaid..supaya selsema baik cepat...Semalam alhamdulillah...Zaid dah ok...cma selsema dan batuk.Insyaallah tak lama oklah..
Mama doakan Zaid sentiasa ceria...sihat...jadi anak yang soleh..Ameen.

Saturday, 8 June 2013

Plan untuk rumah

Salaam buat semua.Mama nak cerita tentang rumah mama.Tiada apa nak dibanggakan. Tidak lawa mana pun rumah. Cuma kali ini mama nak plan betul2 apa yg mama nak buat. Mama baru tanya harga untuk renovate dapur. Mama rasa mama terpaksa lupakan hasrat mama kerana kosnya hampir 60k untuk renovate. Mama tiada duit sebanyak itu buat masa ini. Haah...jadinya mama perlu teruskan edisi melawakan rumah.
Jadinya mama pecah ikut sudut dan ruang.
1. Bilik mama
2. Bilik zaid
3. Bilik tetamu
4. Bilik tidur
5. Ruang tangga
6. Ruang kerja
7. Bilik air Ada 3
8. Ruang tamu
9. Ruang tengok TV
10. Ruang makan
11. Dapur
12. Ruang Mesin basuh
13. Rak kasut luar.
Mama impikan rumah yang cozy...jadi mama nak mula?mulakan dengan bilik mama.So mama akan cerita konsep bilik mama kemudian.
OK bye... Happy Planning !

Thursday, 6 June 2013

Happy 9 months Ahmad Zaid

Happy 9 months Ahmad Zaid.Mama dan babah harap Zaid sentiasa ceria...sihat...happy...dan sentiasa di bawah lindungan Allah.Alhamdulillah mama masih berkesempatan menyusukan Zaid...perit getir mama hanya Allah yang tau.Mama loves you Zaid.

Tuesday, 4 June 2013

Nota Mama: step kenalkan telur pada baby

Sebagai nota dan peringatan pada mama agar mama tidak lupa.

Tujuan memperkenalkan telur: 
Persediaan sebelum suntikan MMR (Measles, Mump, Rubella) iaitu pada usia setahun.

Bila boleh perkenalkan telur :
Usia baby 8 bulan dan ke atas.

Kenapa perlu perkenalkan telur :
  • Suntikan MMR mengandungi kolostrum seperti yang ada dalam kuning telur.
  • sebelum suntik, uji dengan kuning telur untuk mengesan baby ada tindakbalas terhadap telur atau tidak.
  • kalau tiada alahan - baby sedia mendapat suntikan MMR.
  • kalau serius alahan - MMR akan ditangguh atau suntikan diberi bawah pengawasan doktor.
Cara kenalkan telur :
  1. Pastikan telur direbus dan betul-betul masak.
  2. Rebus telur dan campur di dalam bubur atau puri.
  3. WEEK 1- 1 sudu besar kuning telur sahaja
  4. WEEK 2- 1 sudu besar kuning telur  x 2 kali seminggu
  5. WEEK 3 - 1 biji kuning telur sahaja
  6. WEEK 4- 1 biji kuning telur x 2x seminggu
  7. WEEK 5- 1 biji kuning telur + 1 sudu putih telur
  8. WEEK 6-  1 biji kuning telur + 1 sudu putih telur x 2x seminggu
  9. WEEK 7- 1 biji telur sepenuhnya
  10. WEEK 8-1 biji telur x 2x seminggu
Seterusnya bolehlah beri tak lebih dari 3 biji telur seminggu.

Telur..telur...susah jugak nak kenalkan...

menyepi

setelah episod duka suami dan anak kena tahan wad, aku terasa amat insaf, terasa takut, "Ya Allah, janganlah kau ulangi semua ini&qu...